KERISAUAN TENTANG MASA
HADAPAN
“Aku kusut la Rais, pinjaman
perumahan aku bank reject?”
“Reject? Diorang cakap tak
reject sebab kenapa?”
“hmmm.. diorang cakap
diorang tak boleh nak approve sebab kerana punca pendapatan aku tak cukup
syarat.”
“Kau tak join income dengan
wife kau? Bukan suzana tu bekerja ke Amir?”
“Kerja, tapi kau fahamlah
Rais. Suzana, kerja gaji tunai. Maklumlah kerja pembantu kedai. Aku pulak
kebanyakan gaji aku dari overtime.”
“Oh ye ke?”
“Ye Rais, that’s why aku
datang jumpa kau ni. Aku nak mintak nasihat dari kau. Aku buntu la Rais, kalau
jadi apa apa pada aku nanti macam mana? Kat mana anak isteri aku nak tinggal? Sekarang
ni menyewa lagi, sok lusa?”
“Sabar Amir, ada jalannya
nanti. InsyaAllah…”
Mungkin ada segelintir dari anda yang tersepit dalam situasi di atas?
Mungkin anda adalah Amir, yang pernah ditolak permohonan membeli rumah kerana
masalah pendapatan. Sebagaimana Amir memikirkan masa hadapan isteri dan
anaknya, sebegitu juga anda dan saya sendiri.
Kita juga punya keluarga untuk difikirkan tentang masa hadapan
kita. Sebagai ketua keluarga, itulah
tanggungjawab Amir untuk menyediakan yang terbaik buat keluarganya. Namun
adakalanya, halangan itu boleh datang dari pelbagai arah. Mari kita bercerita tentang sesuatu yang
bergelar realiti. Berapakah harga rumah yang mampu anda miliki jika
dibandingkan dengan pendapatan anda kini? Jujur, tanya pada diri anda? Tinggi bukan?
Ada yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi bagi sesetengah daripada
kita. Tinggal di bandar besar dengan perbelanjaan yang menyerang dari segenap
arah sememangnya menyukarkan kita. Kadangkala
kita terhimpit di antara keperluan dan kemahuan. Kemahuan yang mana pada masa
kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan. Ada perbelanjaan yang tak mampu kita tolak
akibat sesuatu yang sememangnya wajib kita lalui. Hendak menyimpan boleh, tapi
berapa kali simpanan itu terpaksa kita sentuh bila berlaku sesuatu musibah. Berapa
kali? Tahniah pada yang berdisplin dan kental tidak mengusik simpanan anda
waima pelbagai masalah yang terpaksa anda harungi. Namun tidak semua dari kita
ini kental dan berhati waja untuk bersikap sedemikian.
Mari kita buat sedikit perkiraan tentang membeli sebuah rumah. Saya akan ambil jumlah pinjaman berjumlah
RM250,000 sebagai contoh. Jika anda
membuat pinjaman untuk RM250,000 jumlah bayaran pinjaman anda pada kebanyakan
bank samaada konvensional atau islamik, ianya di antara RM1243.00 hingga
RM1365.00 sebulan. Bergantung kepada bank yang anda mohon. Ansuran bulanan tersebut mestilah tidak
melebihi 40% dari pendapatan anda. Jika anda berpendapatan RM3500.00 sebulan
anda mungkin layak untuk membuat pembiayaan perumahan anda. Namun anda harus
ingat, jumlah perbelanjaan bulanan anda termasuk ansuran tidak boleh melebihi
60% dari jumlah gaji anda. Mari kita buat sedikit jadual perkiraan:
Gaji anda RM3500
Perbelanjaan bulanan tetap (bank)
Ansuran Sewa Beli Kereta RM500
Ansuran pinjaman peribadi jika ada RM100
Ansuran Asb loan jika ada RM150
Ansuran bulanan perumahan RM1243 (ambil paling
rendah)
Jumlah Perbelanjaan Bulanan RM1993.00
Jumlah Perbelanjaan dari Gaji Bulanan: 56%
Di atas kertas ini adalah kelayakan anda dan anda layak untuk membuat
pinjaman. Persoalan saya sekarang, berapa ramai yang mempunyai pendapatan
seperti itu secara tetap pada setiap bulan? Ada diantara kita yang
berpendapatan kurang dari itu. Mungkin ada yang lebih dari itu namun
kebanyakannya adalah kerja lebih masa.
Ada yang bergaji tunai, ada yang sekadar menggunakan payment
voucher. Tiada epf, tiada penyata bank,
tiada penyata gaji tahunan syarikat, dan lain lain dokumen yang mampu
membuktikan anda layak untuk menyatakan “saya layak dengan gaji ini”. Ini belum diambil kira wang deposit sebanyak
10% daripada rumah yang anda ingini. Berapa
rata rata rumah di sekitar Kuala Lumpur? Ambil contoh RM200,000. 10% darinya adalah RM20,000. Namun masih
adakah rumah baru yang berharga sebegini? Ok, anda dah cuba cari namun tiada. Yang
ada rumah subsale yang boleh anda dapati dengan harga tersebut. Deposit anda kena sediakan, bagaiman pula
dengan yuran guaman? Penilaian semula hartanah? Lain lain kos yang mungkin
timbul?
Amir tersepit dalam masalah sebegini. Dia mempunyai pendapatan yang layak
untuk dia memohon. Namun dia tidak dapat
membuktikan ianya tetap dan berdokumentasi seperti mana yang pihak bank
inginkan.
”Amir, apa matlamat kau yang
sebenarnya?”
“Aku cuma ingin dapatkan
sebuah rumah untuk isteri dan anak anak aku jika aku dah tiada satu hari nanti
bro. Kerja aku ni kadangkala buat aku risau juga. Tambah pula sejak dua menjak
badan aku dah tak sekuat dulu bro. Hujan sikit dah demam”
Disini matlamat Amir adalah untuk menyediakan sebuah rumah kediaman buat
keluarganya. Saya menyediakan sesuatu
program bagi Amir. Saya gelar ia sebagai Early Home Settlement Program ataupun
dikenali juga sebagai Program I-Mega. Apa faedah bagi Amir? Apa yang Amir akan
dapati? Kebiasaannya I-Mega ini kebanyakan pesertanya adalah mereka yang telah
membeli rumah untuk membuat - perlindungan
terhadap aset dan juga pinjaman mereka terutamanya. Jumlah perlindungan yang besar yang cukup
untuk menampung hutang pinjaman dan masih mempunyai baki untuk diguna pakai
sebagai simpanan atau perbelanjaan jika pencarum ditimpa kematian.
Fokus ya, kita sedang membincangkan matlamat Amir yang mahu nasib isteri
dan anaknya terbela setelah ketiadaannya nanti. Amir mahukan sebuah rumah, Amir
mahukan sebuah perlindungan, Amir mahukan sebuah teratak untuk kebahagiaan
isteri dan anaknya. Mari kita lihat profil Amir.
Umur 27 tahun
Pekerjaan Kerani Kilang
Pendapatan sebulan RM2900 termasuk Overtime
Kesihatan: setakat ini baik, sekadar demam dan batuk selsema.
Rawatan: masih dibawah perbelanjaan
syarikat namun tertakluk kepada amaun tertentu.
Amir layak untuk membuat perlindungan I-Mega sebanyak RM250,000
dengan bayaran hanya RM100 SEBULAN. Ya, AMIR HANYA MEMBAYAR SEBANYAK RM100 SEBULAN BERSAMAAN RM1200 SETAHUN.
Ini adalah ilustrasi untuk perlindungan Amir.
Anda boleh lihat di atas perlindungan yang Amir
perolehi untuk 25 tahun bersama Great Eastern Takaful. Apa yang menarik adalah,
Amir hanya membayarnya untuk 20 tahun sahaja. Ya, Amir hanya perlu membayar
untuk 20 tahun sahaja walaupun perlindungannya adalah untuk 25 tahun.
Kini mari kita renungkan. Amir sudah mempunyai wang perlindungan yang
mencukupi jika satu hari nanti berlaku sesuatu keatasnya, masa hadapan isteri
dan anaknya telah terjamin. Yang lebih penting, Amir hanya membelanjakan RM100
sebulan untuk keluarganya yang tersayang. Renungkanlah dan fikirkanlah. Saya
hanya mampu membantu Amir sebegini rupa, dan hanya mampu memberikan pendapat
dan nasihat kepada anda. Terpulang pada anda menentukannya.
Ahmad Rais Alimin @ Raisz
Ahmad
Perancang Kewangan dan
Perunding Takaful (AAA Agency)
Great Eastern Takaful
014-9072756
Fb page: Charasss
Website:
takafulterhebat.blogspot.com

